Friday, June 29, 2012

~Exam Ulangan semester 7~


Mimpi ngeri..tarikh untuk exam ulangan subjek semester lepas dah kelua. Lagi 3 hari :(    (3jULAI 2012)
Sebenarnye bukan exam ulangan TAPI exam yang tertangguh masa sakit hari tu. Jadi patut tukar tajuk kt atas tu BUKAN 'exam ulangan semester 7' tapi 'exam tertangguh semester 7' =)

Stat daripada hari ini, dah mule bukak buku nak stady. Nota2 dah ada, fizikal kene sihat dan otak kene penuhkan dengan maklumat mengenai subjek PKP 3113 je....KAJIAN TINDAKAN 1.

'Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku, dan bagilah aku kelapang dada untuk menjawab peperiksaan pada hari tersebut' AMIN.

so....do your best pinie, and always smile. =)

SAKURA

Thursday, June 28, 2012

~DehydraTion~


23 Mei - 24 Mei 2012

Tarikh keramat yg takkan dilupakan....aii, macam mane boleh sakit sampai masuk HUKM. Penyakit kalau nak datang tak boleh nak sekat-sekat =)
Sebelum 23 Mei...malam 22 Mei, rase kepala sangat sakit....sampai tak boleh nak bangun, bile berdiri je rase nak tumbang...terhuyung-hayang. Macam terawang-awang kat atas awan =) 

Bile sakit kepala je malam tu, terus masuk tidur. Pagi 23 Mei, dah tak larat nak bangun....jadi tidurlah sampai ke tangahari. Nasib baik ada housemate2 yang baik dan prihatin, dan sangat mengambil berat tentang kawan-kawan. Tengahari tu rase sangat tak tahan, jadi bagi tahu kawan.....mereka bawak (papah) ke klinik berdekatan dengan rumah sewa. Di klinik, dokter hanya bagi tahu....sebab terlalu stress dan perut masuk angin. Jadi dia bagi la ubat suh makan. Balik je dari klinik, memang terus terbaring atas tilam macam orang tak sedarkan diri. makan tak, minum tak, becakap tak, air mata je yang mengalir...sedeh betul =(

Seharian 23 Mei berlalu dengan begitu sahaje....dengan terbaring atas tilam, mandi dengan solat pun kawan-kawan yang tolong. Terima kasih kawan-kawan yang baik hati, hanya tuhan yang dapat balas jase mereke.
Pade malam 23 Mei, keadaan makin bertambah teruk...kawan-kawan dah mule risau. Kawan bagi tahu kakak, dan kakak datang untuk tengok. mereka semua sepakat bawak pegi HUKM malam tu jugak....

Sampai kt HUKM, dah tak sedar....bile kene tolak atas kerusi, cucuk jarum kat tangan, masuk air...semua tak sedar. Sedar bile nurse suruh naik katil, botol air yang ke-2 disumbat, untuk ganti botol air yang pertame yang dah kering. Tengah malam tersedar sekejap, kakak ade temankan sekali walaupun tak boleh masuk. Jam pkul 5 pagi, tersedar lagi, nurse gantikan botol air yang ke-2 tadi dengan yang ke-3 pulak. Nurse ade jugak suruh minum air yang die letak kat katil. Rase dah kembung badan dengan air...tamau dah. 

Dah masuk air 3 botol rase badan ringan je..sejuk pon ade jugak. Kepale dah jadi kurang sakit :) Alhamdulillah......dokter bagi tahu yang kurang air dalam badan, "Dehydration"....simptom2 die macam mulut kering, kepeningan, keletihan/kelesuan, muntah dll. *mulut memang kering pon,sampai nak bukak pun rase tegang sangat2. Dan cepat sangat penat bile buat sesuatu kerja yang berat2.

Pengalaman yang tak boleh nak lupe, mase nurse cucuk air garam dekat jarum pada tangan. TERsangatnyer la pedih...kalau sekali boleh tahan lagi, tapi dah bayak kali, tahan jelah. Nak cepat baikkan. Tapi malangnya pagi 24 Jun 2012 ialah paper last untuk semester 7. Sayang tak dapat nak exam ;( jadi exam ditangguh untuk ke sem seterusnye. Result untuk semester 7 tiada dalam rekod.

Apa2 pon, lepas kelua dari HUKM..terus balik rumah kat kuantan :) balik sama2 dengan kakak. Dengan bekal ubat yang banyak, balik la rumah untuk berehat. nasib baik cuti semester :) balik rumah kene makan ubat tu, ubat ni....garam ORS lagi...dah la payau. (ORS-Oral Rehydration Salt).....

Ingat balik rumah dah selamat, tapi kene sambung buat ujian darah lagi....sebab jadi suspek denggi mase dimasukkan ke HUKM. Buat la ujian darah...selamat keputusan die negetf :) 

Akhirnye, proses penyembuhan semasa di rumah berjalan dengan baik sekali. Dah boleh menjalankan rutin harian seperti biase. 'Ingatlah Tuhan tak akan bagi sesuatu penyakit kepada hambanya melainkan ada hikmat di sebalik semua itu, Tuhan sangat sayangkan hambanya, jadi Tuhan menguji hambanya itu, supaya mereka ingat kepada Tuhan mereka' :) 'Sesuatu penyakit itu diberikan untuk menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukannya terdahulu'.

so...be tough and always drink the water alots!
=)

SAKURA