Tuesday, February 26, 2013

22 Februari 2013

Dapat motor baru...sebab nak beulang alik ke sekolah, baru jadi cikgu ganti tapi dah dapat motor atas name sendiri :)
gaji nyer tak tahu biler...haha
tapi mujur ade ayah yang baik...


dah ade motor ni...kene la bawak2 besabar dan behati2 :P

SAKURA

Tuesday, February 12, 2013

cute little kitten


Dah makin gemok2 dah si kecik due ekor ni....
asek menyusu je tahu..bile la nk boleh main2 nih.!















COMEY2....geram!

SAKURA

Friday, February 08, 2013

saya guru ganti! =)

Hari ni merupakan hari pertama jadi guru ganti di SMK Tengku Afzan. hohoho...nak kate gembira sangat, taku pun ada jugak. Nak pulak pulak ajar tingkatan 2,3 dengan 5. Tingkatan 5 tu terus merangkap guru kelas pulak. sungguh berat dengar, apa lagi bahu yang pikul ni..
haishhhh...betambah-tambah beban hidup!.
sapa kate kerja guru ni senang...walaupun belum bergelar guru kekal...name pun GURU,maka kena sanggup memikul beban2 ni semua. itu lah orang kata TANGGUNGJAWAB yang telah DIPERTANGGUNGJAWABKAN ke atas manusia yang bergelar GURU ni.


so...pesanan kepada pelajar ke anak murid ke, hormatilah guru anda! :p

SAKURA

Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H 2013

Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis)

TEMA
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH


Asal usul sambutan Maulidur Rasul 

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

sumber klik di sini -http://cikgushamsudin.blogspot.com/2013/01/tema-sambutan-maulidur-rasul-1434-2013.html

SAKURA




Sunday, December 30, 2012

makin naik!

semalam baru 2116...ari ni tengok terus 2160. waaaahhhhhhh...dasyat betul.
haha....

malu+takut+bedebar...hadoiiii

Thursday, December 06, 2012

the worse day ever

akibat merempit motor laju laju...
motor dengan tuan2 skali terbalik kene tindih motor yang berat brand LC135. sape kate xberat cube test baring bawah motor tu dengan motor terbalik. sakit uiii...
kesan die dapat la..calar2 kat tangan kanan plus lebam kat tepi badan sebab kene tindih. paling best dapat makan selut la. habis baju ngan seluar..(musim hujan)
jalan licin.beselut.hujan memanjang. mane xlicin...
nasib baik cedera ringan je...takpe,pengajaran dan pembelajaran yang bagus skali untuk hari tu. :)

so pini! ingat jangan bawak lelaju, PANDU DENGAN SELAMAT INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

SAKURA

Wednesday, November 28, 2012

cuti tamat belajar yang amat membosankan

ape nak buat....duduk di rumah dh masuk 3 minggu. haha.....xde hasil langsung, anggur pun xberbuah2. Banyak je aktiviti yg dirancang same2 dengan kawan, tapi tunggu kawan2 cutinyer lambat. dah tu..cuti xsame pulak tu sorang2. hadoiiii.....
jadi duk rumah...mkn tido...pas tido mkn. (buat kje rumah jugak...tahu diri ni perempuan) haha...nt xde org nak pulak. sbb ada prangai  malas dlm diri.

so..tggu je la di rumah, xsabar nk buat aktiviti nih..---mood--excited! tggu kwn2 blik.

SAKURA

Sunday, November 25, 2012

~POTOSHOOT with frenz~

kenangan setelah TAMAT belajar di IPG....with love frez.

sentiasa di hati....

picnic terakhir dengan kawan2...miss u all

well done pinie...sbb berjaya tamatkan sesi pembelajaran selama 5 stengah tahun :)

SAKURA

Friday, November 02, 2012

Kreatif Terlampau

Mencube untuk jadi kreatif....salah satunye ni la die, lukis inai pada tangan...ni tade keje namenye. 
ni lagi...baru buat malam tadi....google tengok design2 yang comey kat intenet. Belajar dari peniruan, lukis2...tak jadi 100% same macam yang dilihat. Memang suke tersasar dari yang sebenar...tapi jadi jugak. makin kreatif jadiknyer....mcm gambar kat bawah ni


ni pulak tangan roomate... :) 
sape lagi yang nak..sile bagi tangan :)
kaki2 tamau...

i learn when i see :) and i love to learn a new thing, a CREATIVE one!!

SAKURA

Wednesday, October 24, 2012

Sakura_Art :)

Terapi mengedit gambar mase bosan membaca buku.....hah! tu dia..jadi pun. haha
bagus betul..seronok. Dapat bina kreativiti dalam seni...

SAKURA

Wednesday, October 10, 2012

lovely one

comey tak..???
ni FLOWERBEAR :) haha.....
bunga kekwa ni cantik, warna kuning....bunga hidup tau..bukan plastik. roomate bagi hadiah untuk hadiah hari lahir terlewat...

sangat suke nii...teruja nak jage bunga kekwa hidup...semua ada 11 kuntum yang dah kembang. ade putik bunge jugak.

hadoiii..mase nak begambar2 ngan bunga...sekali TERtangan sekuntum bunge..patah 1 kuntum. tinggal 10 kuntum je..

haha...macam2 la.

untuk pengetahuan tambahan, bunga kekwa ni bunge yang kedua menjadi kegemaran. bunge yang paling disukai ialah bunge TULIP. wow!!! dah la susah nak dapat....hehe

so ape2 pon chill......semua bunge adalah cantik! :) perempuan juga diibaratkan seperti bunge.
hargailah diri anda seadanya ye...

I LOVE FLOWERBEAR!!!

SAKURA

Tuesday, September 18, 2012

~ need a rest ~

Banyak sgat keje....kepale pun da pening. jadi...tade post ari ni...

SAKURA

belajar apa ini..?????

Ni laman web online bagi subjek EDU **** untuk semester 8........


Setiap hari masuk kelas bawa laptop....buku-buku dah tade dah. terase macam smart student dah...sekarang ni semua la nak online. Memang cabaran untuk cikgu-cikgu zaman sekarang ni...pembelajaran menggunakan kemudahan ni memang la ada kebaikan :) uiiiiii....tapi ade jugak kelemahan......tanak la tulis kelemahan kat sini..
Sebagai seorang bakal guru, jadi amat wajiblah...kene belajar perkara-perkara baru macam ni semua...:)
Sentiasa berfikiran positif akan membawa anda semua ke tempat yang paling baik..(tp tatau kat mana)

so chill pinie..:) learn more n more!


SAKURA

Tuesday, July 17, 2012

~InternShiP at SK Seri Permaisuri Cheras~

nilah saat berada di SK Seri Permaisuri masa buat intern...bergambar dengan anak murid, buat projek2 untuk keceriaan bilik pemulihan dan mengajar murid membaca :)

kelas pemulihan pon dah cantik, kuning hijau...hasil usaha cigu pemulihan ni hah. :) Thanks 2 rakan-rakan yang lain jugak!

hidmat bakti untuk semester terakhir berada di sekolah sebagai guru pelatih...tahun depan insyaAllah sebagai guru betul pulak.

I will miss all this thing......5 tahun setengah belajar.
banyak betul kenangan :)

so.......be a good teacher in future :)

SAKURA

Friday, July 13, 2012

SkY is bLue.. :)

                                
ni la kata-kata semangat yang bertepek kat dinding, kadang2 kat laptop pon ader..:)
bile tension je, pandang dinding...suh bace kata2 ni bagi semangat sikit. kalau tak,duk pening je memanjang...pikir pikir dan pikir. sampai mabuk...haha. mcm mane tak pengsan.

 so....go 4 it, u can get wat u want!! always smile :)

SAKURA

Saturday, July 07, 2012

~Gaun 4 mY sisTeR :) ~

Cuti sekolah bulan 6 lalu, mengisi masa lapang dengan menjahit gaun 4 my sister :)
Gaun ni dijahit ikut kreativiti sendiri. Yang asasnya ialah baju kurung yang lame...beli kain net dengan reben. Pastu jahit2, makan mase due minggu nak siapkan full 100%....
hasilnya macm kat bawah ni ;)


Sambil jahit baju ni,sempat buatkan beg untuk mak..:) 

so....weldone! 4 me :) kerane berjaya menghabiskan mase lapang dengan baik di rumah. 

SAKURA

Friday, June 29, 2012

~Exam Ulangan semester 7~


Mimpi ngeri..tarikh untuk exam ulangan subjek semester lepas dah kelua. Lagi 3 hari :(    (3jULAI 2012)
Sebenarnye bukan exam ulangan TAPI exam yang tertangguh masa sakit hari tu. Jadi patut tukar tajuk kt atas tu BUKAN 'exam ulangan semester 7' tapi 'exam tertangguh semester 7' =)

Stat daripada hari ini, dah mule bukak buku nak stady. Nota2 dah ada, fizikal kene sihat dan otak kene penuhkan dengan maklumat mengenai subjek PKP 3113 je....KAJIAN TINDAKAN 1.

'Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku, dan bagilah aku kelapang dada untuk menjawab peperiksaan pada hari tersebut' AMIN.

so....do your best pinie, and always smile. =)

SAKURA

Thursday, June 28, 2012

~DehydraTion~


23 Mei - 24 Mei 2012

Tarikh keramat yg takkan dilupakan....aii, macam mane boleh sakit sampai masuk HUKM. Penyakit kalau nak datang tak boleh nak sekat-sekat =)
Sebelum 23 Mei...malam 22 Mei, rase kepala sangat sakit....sampai tak boleh nak bangun, bile berdiri je rase nak tumbang...terhuyung-hayang. Macam terawang-awang kat atas awan =) 

Bile sakit kepala je malam tu, terus masuk tidur. Pagi 23 Mei, dah tak larat nak bangun....jadi tidurlah sampai ke tangahari. Nasib baik ada housemate2 yang baik dan prihatin, dan sangat mengambil berat tentang kawan-kawan. Tengahari tu rase sangat tak tahan, jadi bagi tahu kawan.....mereka bawak (papah) ke klinik berdekatan dengan rumah sewa. Di klinik, dokter hanya bagi tahu....sebab terlalu stress dan perut masuk angin. Jadi dia bagi la ubat suh makan. Balik je dari klinik, memang terus terbaring atas tilam macam orang tak sedarkan diri. makan tak, minum tak, becakap tak, air mata je yang mengalir...sedeh betul =(

Seharian 23 Mei berlalu dengan begitu sahaje....dengan terbaring atas tilam, mandi dengan solat pun kawan-kawan yang tolong. Terima kasih kawan-kawan yang baik hati, hanya tuhan yang dapat balas jase mereke.
Pade malam 23 Mei, keadaan makin bertambah teruk...kawan-kawan dah mule risau. Kawan bagi tahu kakak, dan kakak datang untuk tengok. mereka semua sepakat bawak pegi HUKM malam tu jugak....

Sampai kt HUKM, dah tak sedar....bile kene tolak atas kerusi, cucuk jarum kat tangan, masuk air...semua tak sedar. Sedar bile nurse suruh naik katil, botol air yang ke-2 disumbat, untuk ganti botol air yang pertame yang dah kering. Tengah malam tersedar sekejap, kakak ade temankan sekali walaupun tak boleh masuk. Jam pkul 5 pagi, tersedar lagi, nurse gantikan botol air yang ke-2 tadi dengan yang ke-3 pulak. Nurse ade jugak suruh minum air yang die letak kat katil. Rase dah kembung badan dengan air...tamau dah. 

Dah masuk air 3 botol rase badan ringan je..sejuk pon ade jugak. Kepale dah jadi kurang sakit :) Alhamdulillah......dokter bagi tahu yang kurang air dalam badan, "Dehydration"....simptom2 die macam mulut kering, kepeningan, keletihan/kelesuan, muntah dll. *mulut memang kering pon,sampai nak bukak pun rase tegang sangat2. Dan cepat sangat penat bile buat sesuatu kerja yang berat2.

Pengalaman yang tak boleh nak lupe, mase nurse cucuk air garam dekat jarum pada tangan. TERsangatnyer la pedih...kalau sekali boleh tahan lagi, tapi dah bayak kali, tahan jelah. Nak cepat baikkan. Tapi malangnya pagi 24 Jun 2012 ialah paper last untuk semester 7. Sayang tak dapat nak exam ;( jadi exam ditangguh untuk ke sem seterusnye. Result untuk semester 7 tiada dalam rekod.

Apa2 pon, lepas kelua dari HUKM..terus balik rumah kat kuantan :) balik sama2 dengan kakak. Dengan bekal ubat yang banyak, balik la rumah untuk berehat. nasib baik cuti semester :) balik rumah kene makan ubat tu, ubat ni....garam ORS lagi...dah la payau. (ORS-Oral Rehydration Salt).....

Ingat balik rumah dah selamat, tapi kene sambung buat ujian darah lagi....sebab jadi suspek denggi mase dimasukkan ke HUKM. Buat la ujian darah...selamat keputusan die negetf :) 

Akhirnye, proses penyembuhan semasa di rumah berjalan dengan baik sekali. Dah boleh menjalankan rutin harian seperti biase. 'Ingatlah Tuhan tak akan bagi sesuatu penyakit kepada hambanya melainkan ada hikmat di sebalik semua itu, Tuhan sangat sayangkan hambanya, jadi Tuhan menguji hambanya itu, supaya mereka ingat kepada Tuhan mereka' :) 'Sesuatu penyakit itu diberikan untuk menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukannya terdahulu'.

so...be tough and always drink the water alots!
=)

SAKURA

Friday, September 10, 2010

~KaD RaYa DaRi MuRiD SK InDeRa MaHkoTa KuaNtaN~

Terima kasih diucapkan pada semua murid dari Sk Indera Mahkota Kuantan kerana telah memberikan kad dan salam ucapan SELAMAT HARI RAYA.

                                                                                                                                                                                         





                                                                       


SAKURA

Sunday, August 22, 2010

~BeRbuKa PuaSe DeNgaN KeLaS dan MentOr~

(Tarikh berlaku : 20 August 2010)
Gambar-gambar kenangan yang sempat diambil...


Bakal-bakal Cigu Pemulihan Bahasa Melayu...Cumil2 jer~
Mentor kami yang berbaju biru, 7 dari kiri..(^.^)v
Bergambar dihadapan tempat berbuka puasa di 'SANTAI' yang terletak di Tasik Permaisuri Cheras....


Bergambar dulu sebelum tunggu berbuka puase....

SAKURA